Pelancaran Larian 1 Malaysia Sekolah Kebangsaan Perik pada 02.07.2011

Pelancaran Larian 1 Malaysia Sekolah Kebangsaan Perik pada 02.07.2011
penerangan daripada guru PKKoko sempena Program Larian 1 Malaysia Sekolah Kebangsaan Perik pada 02.07.2011

Sabtu, 2 Julai 2011

Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

http://josie653.tripod.com/kdp.htm
Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia,1997 menyatakan bahawa budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.Menurut Jamaluddin (1989) pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan tajuk yang diajar. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik mahupun matapelajaran lain di sekolah. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti penghasilan bahan kurikulum,latih tubi, tutorial, ulangkaji, pemulihan dan pengayaan,simulasi,pengiraan,alat bantu mengajar dan tutee. Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.

Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran Bahasa Melayu


PENGENALAN

Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:

*      Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.

*      Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).

*      Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar. 

Pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa Melayu mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar.
Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran bahasa Melayu menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas.
Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.